TAMU KIULU

TAMU KIULU

JOM KE KIULU!!

Penduduk Kiulu terdiri daripada orang Kadazandusun

Suasana setiap pagi hari Selasa di Pekan Kiulu sangat meriah dengan kehadiran penduduk kampung dan penduduk disekitarnya. Mereka datang ke Pekan Kiulu untuk membeli barang keperluan dan juga mencari hasil-hasil pertanian dan hasilan sayuran hutan yang segar.

Kehadiran penjual ini banyak menarik minat orang ramai apalagi bagi yang mengemari sayur-sayuran dari hutan seperti Tuhau (halia liar), Polod (Sweet palm), Bunga Kantan, Paku pakis dan sebagainya.

Sayuran segar dari Kiulu

Ingin merasai suasana Tamu di Kiulu, set masa anda pada setiap hari Selasa. Kiulu juga mempunyai tarikan pelancongan dan pelbagai aktiviti untuk pengunjung yang datang.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi kami melalui facebook page Go Kiulu.

JOM KE KIULU!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *